KUALA LUMPUR, 25 APR (TVPAS)-Demam pilihanraya ke-12 sudah lama berlalu dan tempoh sekatan politik terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah tamat 14 April lalu. Ternyata, hilangnya penguasaan 2 per 3 BN di parlimen memberi impak besar terhadap moral wakil rakyat BN yang masih bertahan dalam pilihanraya lalu. Anwar dalam satu kenyataan mendakwa gelombang politik besar sekali lagi akan berlaku apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September ini. Ternyata keadaan ini sangat menggusarkan Umno Barisan Nasional sehinggakan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Shabeery Chik terpaksa menjawab kenyataan Anwar ini Adakah dakwaan Anwar suatu retorik ? atau sememangnya benar sehingga terpaksa dijawab Sabery sebegitu rupa? Meneliti jawapan Sabery, persoalan seperti ini harus diambil kira. Wajarkah anak kapal Pakatan Rakyat yang sedang belayar dengan kapal yang sempurna ingin melompat ke kapal BN yang menuggu saat untuk karam? Anda tentu ada jawapannya... Dakwaan Anwar juga jelas ada asasnya, manakan tidak, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri trpaksa bertindak melakukan kunjungan segera ke Sabah dan Sarawak bagi meredakan rasa tidak puas hati pemimpin di sana berkenaan layanan buruk kerajaan pusat terhadap permintaan jawatan penting mereka dalam Kabinet baru Abdullah. Kini, Negara sedang menantikan dengan penuh minat, benarkah Malaysia akan bertukar tampuk pemerintahan selewat-lewatnya 16 September ini seperti mana diuar-uarkan Anwar sebelum ini? Namun bagi Anwar, masa sahaja yang akan menetukannya dan tidak perlu untuk tergesa-gesa. Tunggu sahaja saat itu tiba. http://www.tvpas.com