blinkx
  • Aizat - Susun Silang Kata OST Tiramisu

  • YouTube
    • Browse

Aizat - Susun Silang Kata OST Tiramisu

Penyanyi : Aizat Tajuk Lagu : Susun Silang Kata ✪ Sinopsis : Tiramisu ✪ 'Tiramisu' mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya. Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda. Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani. Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London ...

YouTube | December 28, 2010Watch more videos from YouTube

Tags:. .YouTube. .gai. .popular